KUALA SELANGOR, 31 JAN: Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul seekor anjing dengan sebatang kayu sehingga cedera.
SHAH ALAM, 30 JAN: Pemilik syarikat elektrik dan elektronik didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 dan 3.0 berjumlah...
KUALA LUMPUR, 17 JUN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditunjukkan dua rakaman video yang memaparkan kecederaan dialami remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella yang diselamatkan oleh seorang saksi.
JOHOR BAHRU, 30 DIS: Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarah syarikat itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pihak berkuasa, awal bulan ini.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Seorang suri rumah dihukum penjara dua bulan dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Selangor di laman Facebook pada Jun lepas.
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Dua Mahkamah Sesyen baharu akan dibuka di Semenyih, Selangor dan Langkawi, Kedah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.
GEORGE TOWN, 12 SEPT: Seorang Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan lima individu termasuk seorang bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.